Daun gajus bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang luar biasa. Daun ini berbentuk bujur, berwarna hijau cerah atau hijau keunguan ketika muda, dan sering digunakan sebagai hiasan atau penambah rasa dalam salad serta hidangan pedas.
Serbuk daun gajus kaya dengan antioksidan dan bertindak sebagai penyahtoksik semula jadi. Ia membantu melawan radikal bebas, mengurangkan risiko penyakit kronik, dan menyokong sistem imun. Pengambilan berterusan boleh membantu merawat masalah kulit seperti psoriasis, serta penyakit seperti diabetes, batu karang dan penyakit jantung. Ia juga menyumbang kepada peningkatan sel darah merah.
Manfaat Kesihatan:
-
Melawan radikal bebas dan memperlahankan penuaan
-
Merawat penyakit kronik dan masalah kulit
-
Membantu kawal diabetes dan jaga kesihatan jantung serta buah pinggang
-
Meningkatkan daya tahan badan
-
Meningkatkan penghasilan sel darah merah



