Biji Flaks, atau dikenali sebagai Biji Rami, berasal dari keluarga Linaceae dan ditanam secara meluas di kawasan beriklim sejuk. Selain kegunaan pemakanan, serat daripada tumbuhan ini digunakan untuk menghasilkan tekstil linen yang digunakan bagi membuat cadar, pakaian dalam dan alas meja.
Biji Flaks terkenal dalam perubatan tradisional dan moden kerana khasiat pemakanannya yang tinggi. Ia kaya dengan serat, Omega-3, dan lignan yang membantu menyokong kesihatan jantung, sistem penghadaman dan juga membantu dalam pengurusan berat badan. Ia juga sangat bermanfaat untuk kesihatan wanita.
Manfaat Kesihatan:
-
Menyokong kesihatan jantung
-
Meningkatkan sistem penghadaman & mencegah sembelit
-
Membantu menahan rasa lapar & menyokong penurunan berat badan
-
Mencegah risiko kanser tertentu
-
Menyokong kesihatan hormon wanita



