Masikai Kering (Bluejack) dari Moolihai Malaysia ialah herba tradisional yang terkenal dalam perubatan India dan sering ditemui di halaman rumah di India. Masikai terbentuk secara semula jadi apabila daun pokok diserang oleh serangga “sting wasp”, yang menyebabkan tindak balas kimia semulajadi sehingga membentuk nodul kaya nutrien selepas lima bulan.
Masikai mengandungi vitamin A, vitamin C, asid galik, dan tanin yang tinggi. Ia amat berkesan dalam merawat pelbagai masalah kesihatan wanita termasuk jangkitan faraj dan keputihan tidak normal. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun, menambah baik kesihatan kulit, dan menyokong kesihatan saluran kencing.
Kelebihan Produk:
-
Merawat jangkitan dan keputihan faraj
-
Menyokong kesihatan sistem urinari
-
Meningkatkan daya tahan tubuh
-
Kaya dengan antioksidan semula jadi dan nutrien penting



