Biji tembikai berasal daripada tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae. Ia merupakan buah yang menjalar dan berasal dari benua Afrika. Kini, tembikai telah ditanam secara meluas di seluruh dunia dengan lebih daripada 1000 varieti.
Nama botani bagi tembikai ialah Citrullus lanatus. Biji tembikai berwarna coklat atau hitam, bersaiz kecil dan padat nutrien. Dalam satu biji buah tembikai boleh mengandungi antara 320 hingga 550 biji. Biji ini kaya dengan kandungan kalori dan pelbagai khasiat kesihatan.
Manfaat Kesihatan:
-
Membantu penghadaman yang sihat
-
Mengelakkan kemerosotan tulang yang cepat
-
Menyihatkan dan mencantikkan kulit



